Friday, August 19, 2011



Hidup sebagai manusia

Buatkan aku mencabarkan diri

Diri yang tak semegah mana

Harapkan belas kasihan orang tidak

Harapkan kasih belas dari sendiri juga tidak

Apa yang aku mampu hanya mendongakkan kepala

Ke langit yang semakin tua

Dan aku maseh sebegini

Tuesday, July 19, 2011

perfume SERA


SERA

muka buku bersama DQ


DQ

hai. kali ni nak story sikit pasal DATIN Q atau lebih dikenali sebagai DQ. sebenarnya saya baru je lepas muka buku dengan dia. berbalas wall. macam-macam layankan kerenah dia tu. haha. tiba-tiba plak tanya pasal "kawin". huh.. nasib baik lah saya ni tak kawin lagi. kalau dah kawin macam-macam saya ceramah kan kat DQ tu. apa-apa pun saya sayang dia. <3

kembali semula

hai. actually lama gila tak buka belog ni. bukan tak nak update apa-apa tapi malas. tapi kalau muka buku boleh plak update setiap hari. haha. apa-apa pun saya cuba untuk updatekan belog ni sebaik yang mungkin. banyak cerita nak kongsi tapi maluu. haha.

saya? saya maseh macam dulu as a student yang banyak assignment dan saya juga maseh seperti dulu yang suka bercerita dengan kawan. berkongsi perasaan. dan yang seumpama dengannya. haha. ok lah. jap lagi saya update yang lain pula. assalamualaikum :)

Thursday, May 5, 2011

selamat pengantin baru












hai. lama tak update blog. sekali update tengok-tengok pasal kahwin. ni lah kerja saya masa cuti. shooting time!!. malas nak tulis panjang. saya mulakan cerita ni dengan perkahwinan abang saya. bermakna yang perempuan tu kakak ipar saya dan akhirnya saya ada kakak ipar. tak sabar pula nak ada anak saudara. hehe. perkahwinan ni diadakan di sebelah perempuan dulu di Kampung Atas Tol, Terengganu. jangan salah faham ye. kampung dia bukanlah betul-betul atas tol. just nama kampung tu je. haha. seperti biasa saya dengan berbaju kurung dan bertudungkan shawl telah dilantik untuk dijadikan pengapit untuk lelaki. haha. susah sebenarnya jadi pengapit. menitis peluh dari muka. dalam hati berkata "habis cair make up i" hahaha.

14.5.2011 ni pula disebelah lelaki di Kuantan, Pahang. saya telah ditempah oleh pengantin untuk shooting outdoor diaorang. waa!! suka sangat. first time nak ambil gambar kahwin yang outdoor punya. sampai dalam tidur pun boleh terfikir macam mana nak posekan diaorang ni nanti. haha. "terlalu excited sebenarnya". dekat kuantan pun saya jadi pengapit lagi.

orang dulu-dulu berkata "siapa jadi pengapit ni dah tak lama dah tu nak kahwin pula". haha. macam-macam kan orang dulu kala. ok lah. smpai di sini je teloteh saya untuk pengantin baru.

Thursday, April 28, 2011

habis sudah sem 2


2 budak mengada :P


3 budak hitam


kami bertiga

hai semua. sorry sebab lama sangat tak update belog ni. banyak benda yang nak kongsi sebenarnya tapi saya sendiri pun tak tahu nak kongsi apa. hehe.. saya tak update belog ada sebab-sebab tertentu :
  • sangat busy untuk final assignment.
  • lepas tu busy buat persediaan untuk final exam. takuuuuut dan alhamdulillah sudah selesai.
  • dan akhirnya berkemas untuk pulang ke kampung halaman.
sebenarnya saya sudah habis mengulang kaji untuk sem 2. alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun ada masalah duit yang tak cukup. tapi apa-apa pun semua assignment saya hantar. to semua lecture sem 2 "ok kan kerja saya". haha..

bila dah habis sem 2 ni mula lah rindu dekat bilik lah.. rindu dengan kawan lah.. rindu itu lah. macam-macam rindu. hee.. dan enjoy cuti ni. ye!!!

*gambar atas tu last week dengan mereka berdua (roomate). HUDA DANIA DAN QATRATUN.

Saturday, April 16, 2011

last kelas drawing


peace


suasana dalam kelas drawing


ini saya. waaa!!


subjek kena lukis :)

ok, semua gambar ni dari last kelas drawing. dan yang ada besi, penutup tong sampah dan yang warna oren tu subjek yang kami kena lukis. nampak senang tapi susah sebenarnya. kena ukur guna pensil atau pembaris atau benda-benda yang seumpamanya. hehe.. dan saya buat ni sangat mencabar kesabaran. ada satu hari tu sampai menangis buat benda ni. haaa. nampak tak permainan dia. haha..

untuk sem 3 pula dah tak ada drawing so mesti terasa aura nak draw lagi. apa-apa pun terima kasih sangat pada En.Rasfan dan Pn.Sharifah yang mengajar drawing waktu sem 1 dan lecturer sem 2 iaitu En.Munir, Cik Izzah dan En.Sahar (kalau tak silap lah nama dia). maaf ye en. hehe.. ok lah. assalamualaikum :)

Wednesday, April 13, 2011

web design


profile


panoramic


contact

hai. saya penat sangat hari ni [khamis, 14 april 2011]. kenapa? dari pagi sampai petang kejar masa. buat 2 assignment dalam masa 1 hari yang kena hantar pada masa yang sama. pergh!!.. pening kepala. sampai tak makan lagi. nak makan apa duit pun dah habis sebab print semua kerja. tapi puas hati juga lah dah siap semua.

ok. yang gambar atas ni, antara saya punya final untuk digital imaging. ni sepatutnya buat web design. tapi kitaorang just kena buat skecth dulu dan print out. dan inilah hasilnya. tapi banyak lagi just masuk yang ni je. kerja ni kena hantar jam 5 petang ni. sangat puas hati walaupun buat sehari sebelum. hehe. apa-apa pun macam biasa lah kita enjoy. :)

Tuesday, April 12, 2011

ragam kami


ABC...defghi :)


1..2..3.. senyum.. klik :)


muka lepas dapat nasi ayam :)


bas panorama ( comel & kontot)

ok. sekarang saya nak story about apa yang kami buat before and after shooting gambar untuk assignment HDR (high dynamic range).

first thing kitaorang naik bas dari alor gajah ke melaka sentral. after that naik bas dari melaka sentral ke bandar hilir. yang paling best naik bas dari melaka sentral sebab bas tu comel sangat. dah lah kontot. warna merah pula tu. comel2.. kitaorang duduk sit belakang sekali. dah sampai dekat bandar hilir kami berpecah. so kami mulakan dengan bismillah dan akhiri dengan alhamdulillah. haa.. bagus kan. haha..

dah shooting semua, perut mulalah dah buat perangai. siap buat konsert lagi dalam perut. haha.. so kitaorang pergi cari ABC dan nasi ayam. dah dapat tu.. pergh!! kenyang sampai tak larat dah nak jalan. haha.. tapi apa yang penting perut kenyang.

dah settle semua, kami pun gerak pulang ke universiti. sampai malam juga lah. kul 8.oo lebih sampai. penat duduk dalam bas. tp kami enjoy buat kerja. thats all. :)

kenapa??


??

haa. inilah budak zaman sekarang. no..no..no.. bukan budak tapi alam zaman sekarang yang sudah banyak berubah dari alam yang dahulunya penuh dengan keislaman. kalau difahamkan zaman sekarang banyak berubah. boleh dikatakan bagai zaman jahiliyah yang belum datangnya islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. inilah kita.. tutup mata semata-mata dengan kemewahan. mengejar kemewahan yang tak dapat dibawa ke mana-mana sekadar hanya di dunia yang tak membawa erti apa-apa pun. kita buta dengan semua tu.

dan inilah zaman sekarang yang penuh dengan maksiat. lahirnya anak luar nikah. datangnya fitnah tanpa 4 orang saksi. kenapa? dan kenapa? jawab lah tanpa tanya pada orang lain.

Tuesday, April 5, 2011

si gadis selendang merah bersama topi besar


si dia 1


si dia 2

hai. semalam ada kelas studio lighting. tengah-tengah tidur ni tiba-tiba kawan kejut. "farah bangun, bersiap g kelas en.fakhrul. dia nak kita siapkan semua assignment hari ni juga dan kena buat yang creative juga". kawan cakap macam tu terus saya bangun. dah lah dengan modelnya tak ada. dengan baju untuk model tak fikir lagi. memang serabut sangat dan pada waktu yang sama fikiran kosong. haha.

last-last minta kawan sendiri jadi model. kononnya tema nak buat ala-ala g pantai tapi hampeh. haha. dah prepare semua saya pun g lah studio. masuk-masuk studio tu dah ada en.fakhrul dan kawan-kawan yang lain. ada yang tengah buat profile picture punya (ala-ala korporat atau formal).

punya tunggu dan tunggu akhirnya sampai juga giliran saya untuk ambil gambar model ni. dan inilah hasilnya. ini pun saya tak puas dengan gambar sendiri sebab masa pun dah nak habis waktu ni. itu pun dah terlebih masa. tapi alhamdulillah semua assignment studio lighting siap. amin.. dan thanks to muhaini binti shafie kerana sudi menjadi model saya walaupun macam-macam yang tak ada. haha.

Monday, April 4, 2011

antara baju dan senyuman.


saya


aini - saya - tina - ira


peace untuk senyuman yang menawan. hehe


tasha - tina - aini - saya

saya kembali lagi dengan gambar yang terbaru. petang tadi lepas kelas saya and the geng pergi studio untuk ambil gambar profile picture untuk assignment en.fakhrul. nasib baik dah tempah studio. dan masuk-masuk studio tadi terkejut sebab studio kosong. tak pernah tengok studio sekosong tu macam tadi. haha. takuuuuut betul nak masuk. dah lah gelap gelita. lepas dah settle semua lighting kitaorang bersiapkan diri untuk shooting. masing-masing semua nak pakai make up (eye-shadow, blusher, eyeliner, mascara, lipstick). hehe. kecuali tina. dah siap semua barulah kitaorang start shooting. seronok sebab tolong satu sama lain.

kalau kauorang boleh tengok, kitaorang semua pakai baju kemeja. sebab kena shooting gambar ala-ala korporat atau lebih dikenali sebagai formal. baju kemeja saya tu berharga rm49.00 dan vest tu cuma rm.19.. kalau boleh nak cari yang lagi murah tapi tak ada. haha. itu pun dah jimat duit. apa yang penting enjoy. :)

Saturday, April 2, 2011

kerja saya













hai. ni adalah hasil kerja photography saya. ada banyak lagi tapi malas nak upload. hehe.. gambar yang fauna ni saya ambil menggunakan zoom lens dan yang flora tu saya guna kit lens. diambil di zoo melaka dan taman seribu bunga. saya pergi dari pukul 11 pagi lebih macam tu lah dan pulang pada pukul 6.00 petang kalau tak silap. sampai zoo je terus cari makanan. lapar tu. hehe. lepas tu baru lah pergi snap gambar-gambar tersebut. air botol jangan cakap lah. memang banyak beli. kat melaka ni memang panas yang betul-betul panas sampai saya ni jadi gelap. haha. oopppss!! dah lari tajuk pula. ok lah. tu je.

Friday, April 1, 2011

ini saya - symptoms


ini saya ye. haha

haa.. saya nak story morry sikit ni pasal gambar kat atas ni. haha.. kenal tak? ni lah saya. ni lah akibatnya bila dah diedit dalam photoshop oleh kawan sendiri. mula-mula tengok kelakar sangat. sampai pecah perut ketawa. sampai satu kelas ketawa pasal gambar ni. haha.. dah lah buatkan muka saya ni hitam. tahu lah saya ni gelap kan. sensitif tau hitam-hitam ni. huhu.. apa-apa pun cantik mata. jadi makin bulat. haha..

Tuesday, March 29, 2011

camping untuk kesatria negara.

first dapat tahu kena pergi camp, adui memang tension. dah besar-besar macam ni pun kena juga pergi camp. ingatkan masuk u dah tak ada camp semua ni tapi erm.. apa-apa pun saya kena pergi juga untuk dapatkan markah kokurikulum. kalau tak dapat markah tu nanti saya fail. kalau fail nanti habislah masa belajar saya. dan akhirnya saya bercamping di KEM PLKN NASUHA di pagoh, johor.

saya pergi camp hari jumaat pagi so saya dan semua group kesatria kena berkumpul di dataran koperasi. dah semua berkumpul, komander bagi arahan kena duduk ikut group. lepas tu saya pergi beli keropok dengan roti untuk bekalan dalam bas. dalam beberapa minit tu, bas datang. satu bas macam biasa lah. 40 orang. saya dapat naik bas UiTM Melaka. ada group dapat naik bas PLKN. saya dah merasa naik bas PLKN. hehe.. kami semua pergi dengan 5 buah bas. dalam perjalanan tu, saya tidur je. bosan yang amat. tak tahu nak buat ape so tidur je lah yang mampu. hehe..

dalam tengah hari macam tu lah kami semua sampai ke destinasi yang dituju. sekali tengok...pergh!!!.. kitaorang tidur dalam khemah beralaskan batu. haha.. sakit badan gila. macam biasa lah kitaorang makan, mandi, solat dan memulakan aktiviti. sepanjang aktiviti kat sana, saya sangat dahaga dan sedikit penat. yang paling memenatkan bila kena cari check point kat satu tempat ke satu tempat. memang sakit satu badan. punya lah jauh. dalam kelapa sawit lah, atas bukit lah, tapi apa-apa pun kena enjoy.

sampailah hari ketiga, kemas-kemas barang, lipat khemah dan bersedia untuk balik. last-last dapat tahu yang bas tak ada. bukan tak ada tapi lambat untuk balik. huh!! memang panas hati gila. akhirnya balik juga tapi 3 bas je. pergi 5 bas, so kitaorang berimpit kat dalam bas tu. ada yang duduk atas lantai bawah, ada yang duduk bertiga. saya tak kesah lah nak berimpit pun asalkan saya dapat balik sebab saya nak balik sangat. hehe..

dah 2 jam duduk dalam bas, sampai lah jua ke UiTM Melaka. ye!!! sangat suka. so itulah saya punya perjalanan selama 3 hari 2 malam bercamping di pagoh. selamat tinggal pagoh.

Tuesday, March 22, 2011

saya budak baru belajar


HDR 1


HDR 2


HDR 3

the first thing is, this is my assignment picture. gambar ni saya ambil 5 frame yg boleh dijadikan gambar HDR. saya mengedit gambar ni dalam photomatix and lightroom. dan ini lah hasilnya. ini punya gambar untuk assignment dan akan saya hantar pada minggu yang sepatutnya kena hantar. gambar-gambar tersebut saya snap di area alor gajah dan masjid tanah di melaka. thats all dan saya melaporkan diri dari budak baru belajar. haha

Monday, March 21, 2011

cuti-cuti cinta??


cuti-cuti cinta

assignment tak ada so sangat bosan dalam bilik ni. tak tahu nak buat apa. movie jelah yang ada. lepas tu teringat kat farid kamil. tiba-tiba rindu dia. haha.. so bukak lah movie ni. mula-mula tengok sorang lps tu aini masuk bilik nak join juga tengok cite ni. yg bestnya waktu diaorg kat pulau. berbalas tampar. haha.. padan muka.

symptoms


kawen express???


yg lelaki tu kemungkinan senior kami.


ni the best roomate. saya - qat - nia


ni antara lecture photo yang memeriahkan lagi suasana.

hai. semalam last hari symptoms event kitaorang. ala... event untuk Art&Design tu. memang best lah. semua sporting especially senior. banyak booth-booth yang bukak. ada jual baju la, jual makan dan minum, kasut, kerongsang, kek, cupcake, gelang, baju, seluar, beg dan macam2 lah lagi sampai tak tertulis punya banyaknya jualan. haha.. tapi waktu hari symptoms tu hujan tapi dalam hujan pun ada budak AD ni kesah? haha.. kau ada ke semua symptoms ni?


diri saya

saya mulakan blog saya dengan memperkenalkan diri saya. saya Farah Aqilien Binti Abu Talib. siapa yang tak kenal si gadis molek ni. adui.. haha.. saya sekarang sedang menuntut di sebuah syarikat universiti teknologi mara di alor gajah, melaka. saya dalam course Art&Design di dalam department photography. so saya akan mengambil Diploma in Photography and Creative Imaging. waaa!! bunyi macam best je tapi gila susah. apa-apa pun semuanya kena enjoy. dalam course AD ni banyak guna duit. tapi berbaloi lah dengan apa yang budak2 Ad ni buat. ok lah. tu je.