Tuesday, March 29, 2011

camping untuk kesatria negara.

first dapat tahu kena pergi camp, adui memang tension. dah besar-besar macam ni pun kena juga pergi camp. ingatkan masuk u dah tak ada camp semua ni tapi erm.. apa-apa pun saya kena pergi juga untuk dapatkan markah kokurikulum. kalau tak dapat markah tu nanti saya fail. kalau fail nanti habislah masa belajar saya. dan akhirnya saya bercamping di KEM PLKN NASUHA di pagoh, johor.

saya pergi camp hari jumaat pagi so saya dan semua group kesatria kena berkumpul di dataran koperasi. dah semua berkumpul, komander bagi arahan kena duduk ikut group. lepas tu saya pergi beli keropok dengan roti untuk bekalan dalam bas. dalam beberapa minit tu, bas datang. satu bas macam biasa lah. 40 orang. saya dapat naik bas UiTM Melaka. ada group dapat naik bas PLKN. saya dah merasa naik bas PLKN. hehe.. kami semua pergi dengan 5 buah bas. dalam perjalanan tu, saya tidur je. bosan yang amat. tak tahu nak buat ape so tidur je lah yang mampu. hehe..

dalam tengah hari macam tu lah kami semua sampai ke destinasi yang dituju. sekali tengok...pergh!!!.. kitaorang tidur dalam khemah beralaskan batu. haha.. sakit badan gila. macam biasa lah kitaorang makan, mandi, solat dan memulakan aktiviti. sepanjang aktiviti kat sana, saya sangat dahaga dan sedikit penat. yang paling memenatkan bila kena cari check point kat satu tempat ke satu tempat. memang sakit satu badan. punya lah jauh. dalam kelapa sawit lah, atas bukit lah, tapi apa-apa pun kena enjoy.

sampailah hari ketiga, kemas-kemas barang, lipat khemah dan bersedia untuk balik. last-last dapat tahu yang bas tak ada. bukan tak ada tapi lambat untuk balik. huh!! memang panas hati gila. akhirnya balik juga tapi 3 bas je. pergi 5 bas, so kitaorang berimpit kat dalam bas tu. ada yang duduk atas lantai bawah, ada yang duduk bertiga. saya tak kesah lah nak berimpit pun asalkan saya dapat balik sebab saya nak balik sangat. hehe..

dah 2 jam duduk dalam bas, sampai lah jua ke UiTM Melaka. ye!!! sangat suka. so itulah saya punya perjalanan selama 3 hari 2 malam bercamping di pagoh. selamat tinggal pagoh.

Tuesday, March 22, 2011

saya budak baru belajar


HDR 1


HDR 2


HDR 3

the first thing is, this is my assignment picture. gambar ni saya ambil 5 frame yg boleh dijadikan gambar HDR. saya mengedit gambar ni dalam photomatix and lightroom. dan ini lah hasilnya. ini punya gambar untuk assignment dan akan saya hantar pada minggu yang sepatutnya kena hantar. gambar-gambar tersebut saya snap di area alor gajah dan masjid tanah di melaka. thats all dan saya melaporkan diri dari budak baru belajar. haha

Monday, March 21, 2011

cuti-cuti cinta??


cuti-cuti cinta

assignment tak ada so sangat bosan dalam bilik ni. tak tahu nak buat apa. movie jelah yang ada. lepas tu teringat kat farid kamil. tiba-tiba rindu dia. haha.. so bukak lah movie ni. mula-mula tengok sorang lps tu aini masuk bilik nak join juga tengok cite ni. yg bestnya waktu diaorg kat pulau. berbalas tampar. haha.. padan muka.

symptoms


kawen express???


yg lelaki tu kemungkinan senior kami.


ni the best roomate. saya - qat - nia


ni antara lecture photo yang memeriahkan lagi suasana.

hai. semalam last hari symptoms event kitaorang. ala... event untuk Art&Design tu. memang best lah. semua sporting especially senior. banyak booth-booth yang bukak. ada jual baju la, jual makan dan minum, kasut, kerongsang, kek, cupcake, gelang, baju, seluar, beg dan macam2 lah lagi sampai tak tertulis punya banyaknya jualan. haha.. tapi waktu hari symptoms tu hujan tapi dalam hujan pun ada budak AD ni kesah? haha.. kau ada ke semua symptoms ni?


diri saya

saya mulakan blog saya dengan memperkenalkan diri saya. saya Farah Aqilien Binti Abu Talib. siapa yang tak kenal si gadis molek ni. adui.. haha.. saya sekarang sedang menuntut di sebuah syarikat universiti teknologi mara di alor gajah, melaka. saya dalam course Art&Design di dalam department photography. so saya akan mengambil Diploma in Photography and Creative Imaging. waaa!! bunyi macam best je tapi gila susah. apa-apa pun semuanya kena enjoy. dalam course AD ni banyak guna duit. tapi berbaloi lah dengan apa yang budak2 Ad ni buat. ok lah. tu je.