Tuesday, March 29, 2011

camping untuk kesatria negara.

first dapat tahu kena pergi camp, adui memang tension. dah besar-besar macam ni pun kena juga pergi camp. ingatkan masuk u dah tak ada camp semua ni tapi erm.. apa-apa pun saya kena pergi juga untuk dapatkan markah kokurikulum. kalau tak dapat markah tu nanti saya fail. kalau fail nanti habislah masa belajar saya. dan akhirnya saya bercamping di KEM PLKN NASUHA di pagoh, johor.

saya pergi camp hari jumaat pagi so saya dan semua group kesatria kena berkumpul di dataran koperasi. dah semua berkumpul, komander bagi arahan kena duduk ikut group. lepas tu saya pergi beli keropok dengan roti untuk bekalan dalam bas. dalam beberapa minit tu, bas datang. satu bas macam biasa lah. 40 orang. saya dapat naik bas UiTM Melaka. ada group dapat naik bas PLKN. saya dah merasa naik bas PLKN. hehe.. kami semua pergi dengan 5 buah bas. dalam perjalanan tu, saya tidur je. bosan yang amat. tak tahu nak buat ape so tidur je lah yang mampu. hehe..

dalam tengah hari macam tu lah kami semua sampai ke destinasi yang dituju. sekali tengok...pergh!!!.. kitaorang tidur dalam khemah beralaskan batu. haha.. sakit badan gila. macam biasa lah kitaorang makan, mandi, solat dan memulakan aktiviti. sepanjang aktiviti kat sana, saya sangat dahaga dan sedikit penat. yang paling memenatkan bila kena cari check point kat satu tempat ke satu tempat. memang sakit satu badan. punya lah jauh. dalam kelapa sawit lah, atas bukit lah, tapi apa-apa pun kena enjoy.

sampailah hari ketiga, kemas-kemas barang, lipat khemah dan bersedia untuk balik. last-last dapat tahu yang bas tak ada. bukan tak ada tapi lambat untuk balik. huh!! memang panas hati gila. akhirnya balik juga tapi 3 bas je. pergi 5 bas, so kitaorang berimpit kat dalam bas tu. ada yang duduk atas lantai bawah, ada yang duduk bertiga. saya tak kesah lah nak berimpit pun asalkan saya dapat balik sebab saya nak balik sangat. hehe..

dah 2 jam duduk dalam bas, sampai lah jua ke UiTM Melaka. ye!!! sangat suka. so itulah saya punya perjalanan selama 3 hari 2 malam bercamping di pagoh. selamat tinggal pagoh.

2 comments: